Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pahang menerima bantuan aset daripada JBPM Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membantu operasi banjir di negeri itu.<br /><br />Penghantaran bantuan berupa aset dan anggota itu dikerahkan sejak semalam selepas melihat keadaan banjir yang semakin buruk.<br /><br />Laporan lanjut kita terus sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Fauzi Suhaimi yang mengikuti tinjauan udara operasi banjir bersama JBPM di negeri Pahang siang tadi.
