Demi menyelamatkan teman wanitanya, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke Sungai Sarawak pada Khamis.<br /><br />Kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari berhampiran Jeti Kubah Ria.<br /><br />Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah, pihaknya mendapat maklumaat mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan orang awam.
