Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang tidak didenda ketika Kongres DAP hujung minggu lalu.<br /><br />Meskipun mendoakan supaya Lim cepat sembuh, Najib sempat membidas veteran DAP itu kerana dikatakan melanggar SOP apabila berpelukan selepas mengumumkan akan bersara daripada politik pada acara berkenaan.