Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, berperang dengan COVID-19 dalam tempoh yang lama iaitu lebih setahun dan tidak nampak penghujung pertempuran dengan pandemik ini menyebabkan ramai petugas barisan hadapan dan pengurusan KKM menghadapi kelesuan mental dan fizikal.<br /><br />Atas sebab itu, perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial yang berjalan sejak Januari tahun lalu bagi membolehkan petugas kesihatan dibantu.
