Rata-rata pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama tahun ini masih belum bersedia, itu yang disuarakan aktivis pelajar, Nurul Rifayah Muhammad Iqbal. <br /><br />Ini kerana jelasnya, masih ramai yang keliru sejak proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang bermula tahun lepas. <br /><br />Malah ada juga yang berdepan kondisi berbeza sepanjang proses PdPR berlangsung.
