Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan satu studio berinovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menerusi dalam talian lebih menarik.<br /><br />Menurut Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Prof Madya Dr Hamdan Daniyal, PdPR menggunakan studio inovasi ini juga memudahkan kerja tenaga pengajar selain menjimatkan masa mereka.