Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, kebenaran memancing untuk perikanan rekreasi di kolam pancing, house boat, rumah rakit, pelantar pancing atau bot mulai esok, 12 Februari 2021.<br /><br />Kata beliau, sebelum ini kerajaan telah membenarkan aktiviti memancing untuk sara hidup namun banyak rayuan dalam kalangan pengusaha kolam pancing yang hilang mata pencarian ketika ini.
