Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, Rafizi Ramli berkata bekas perdana menteri Najib Razak kini secara berkesan menjadi pembangkang “de facto”.<br /><br />Ini selepas dia "merampas" keupayaan pembangkang untuk "berhubungan dengan rakyat setiap hari" di laman media sosialnya.<br /><br />Tetapi Rafizi Ramli yang baru-baru ini mengumumkan kembali aktif dalam arena politik berkata dia bersedia mengambil semula inisiatif itu daripada Najib untuk memperkasakan rayuan PH kepada pengundi menjelang pilihan raya umum akan datang.
