DIA nak bagi saya mati! Demikian antara luahan isteri kepada penyanyi Zul (2 By 2) iaitu Intan Maya apabila menceritakan pengalaman terkena sihir.

Ujar Maya, 36, dia tidak tahu motif si pelaku yang dikenalinya itu menggunakan ilmu hitam kepadanya.

“Ada kawan kepada dia (pelaku) hubungi kami dan minta maaf banyak-banyak dan berkata tak nak bersubahat dengan si pelaku.

“Memang individu itu nak bagi saya mati, dia menggunakan jarum, patung dan tak nak saya ada pasangan dan tak boleh ada zuriat,” katanya kepada mStar.

Tambahnya lagi, individu tersebut pernah membuat pengakuan sebelum ini namun tidak menyangka kesan sihir ini terus berterusan.

“Dia tahu... dia pernah buat pengakuan tapi kenapa kau masih tidak berpuas hati dengan aku? Nak kata aku cari fasal dengan kau, tak ada pula aku bermusuh dengan sesiapa.

“Tak apa, sekarang kau boleh terlepas... aku maafkan kau, nak dendam pun nak buat apa kan, kita doa yang baik-baik je,” ujarnya.