Syarikat pengendali pawagam terbesar Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sempena pembukaan semula pawagam esok. <br /><br />Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Group, Koh Mei Lee berkata, langkah itu bagi mencegah jangkitan COVID-19 dan sekali gus membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan paltform hiburan kepada penonton seisi keluarga.
