Kelewatan pesakit kanser prostat menerima rawatan dan hanya datang ke hospital apabila berada dalam keadaan parah menunjukkan kesedaran terhadap penyakit itu masih berkurang di Malaysia.<br /><br />Menurut Pakar Urologi, UiTM UPSC Dr. Fam Xeng Inn, kesedaran kanser prostat di negara Asia lain adalah lebih baik berbanding Malaysia.
