Ahli Parlimen Damansara Tony Pua mendakwa Najib Razak kini cuba mengelirukan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.<br /><br />Ia berhubung pembayaran balik prinsipal hutang 1MDB selepas didakwa mengelirukan Dewan Rakyat sebelum ini.<br /><br />Pada Isnin, Azhar berkata, Najib telah mengemukakan penjelasannya berhubung isu terbabit dan satu salinannya juga dihantar kepada Pua untuk dijawab oleh Ahli Parlimen DAP itu.