Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Pesiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam siap dilaksanakan pada jam 11.30 malam Selasa.<br />Menurut pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan di Facebook, berlaku kelewatan selama dua jam setengah berbanding tempoh yang dijadualkan iaitu pada jam 9 malam.