Penyanyi rap terkenal, Altimet mengembangkan kariernya dalam industri hiburan dengan berganding bahu bersama pengurusnya, Yasmeen Zainal menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu SVL Tan Management.<br /> <br />Menurut Altimet yang juga merupakan pengarah kreatif SVL Tan Management, pengalaman selama berada dalam industri membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.
