Fesyen hijab dengan kreativiti para pereka telah memenuhi sebahagian daripada tuntutan zaman terutama dalam zaman pasca modenisme.
Kalau dahulu wanita bertudung dianggap kolot dan ketinggalan zaman.

Berbeza hari ini, dengan kemunculan pelbagai trend dan fesyen tudung di pasaran telah mendorong lebih ramai wanita memakai hijab.
Hari ini kita bawakan dua gaya dari dua jenama.

Kita bersama pelukis, Amy Hashim, yang mengeluarkan Aha Scarves dan Ketua Pegawai Pembangunan Peniagaan Bokitta Malaysia Datin Ayu Roslan.