Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita.

Selain bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Melihat peluang yang ada, Adania & Co sekali lagi meneruskan kempen Plant a Tree yang akan diteruskan sehingga hujung tahun ini dalam usaha untuk menyokong usaha ini.
Untuk bercerita dengan lebih lanjut, kita bersama pengasas Adania & Co, Ain Nadia Yusoff.