Sesi pembelajaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.<br /><br />Keputusan itu dibuat bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19 di sekolah memandangkan jumlah kes yang semakin meningkat dan kluster pendidikan yang bertambah.<br /><br />Bersama Pengerusi Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Fatin Aliah Phang.
