Semalam Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka disambut pada 13 Mei ini.<br />Ia selepas penilitian bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).<br />Ini termasuk ziarah hari raya yang terhad hanya pada 1 Syawal di kawasan PKP, dan 1 hingga 3 Syawal di kawasan PKPB dan PKPP.<br />Untuk mengulas lebih lanjut, kita bersama, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Farhan Rusli.