KALI kedua mengerjakan ibadah umrah, penyanyi Ayu Damit akui terasa sayu apabila tiada suami di sisi.

Ujar Ayu, 33, selepas beberapa kali tertangguh akibat pandemik Covid-19, dia bersyukur akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah.

“Ini kali kedua saya menunaikan umrah, cuma kali ni saya pergi seorang diri tanpa suami. Agak sedih juga tapi tak apa, Alhamdulillah dapat tengok Kaabah.

“Kita rindu momen duduk depan Kaabah, cuma ralatnya kita tidak dapat cium Hajar Aswad. Manakala di Madinah pula kita diuji tak dapat masuk ke makam Rasulullah,” ujarnya kepada mStar.

Ayu ditemui di Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Selasa.

Dalam pada itu, Ayu turut meluahkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama Badan Bukan Kerajaan (NGO) membantu menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Apabila melihat golongan gelandangan, Ayu terkenang dulu pun pernah susah tapi ada rumah... cuma mereka tiada tempat tinggal.

“Rakyat Malaysia memang jaga gelandangan, bukan sahaja bulan puasa atau hari ini sahaja... tapi setiap hari,” katanya.