Seluruh daerah Kluang, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 11 sehingga 24 Mei ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<br />Menurutnya, keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat peningkatan kes positif dan kluster COVID-19 di daerah itu.