Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata kerajaan telah hilang asas moral untuk terus memerintah negara.<br /><br />Katanya ini apabila kerajaan tewas dalam undian belah bahagi berkaitan subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) semalam. <br /><br />Kata Nazri, meskipun belum ada duluan, mengikut amalan demokrasi yang diamalkan di United Kingdom, sekiranya kerajaan kalah dalam mana-mana usul atau rang undang-undang (RUU), jalan yang betul adalah untuk “kembali mendapatkan sokongan daripada pengundi”.