Jumlah kematian akibat konflik Israel-Palestin sejak empat hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang dan rejim Zionis dikesan menambah operasi ketenteraan termasuk ke sempadan semenanjung Gaza.<br />Baitulmaqdis adalah kota suci bagi tiga agama iaitu Islam, Judaisme dan Kristian menjadi rebutan di antara kedua-dua negara Palestin dan Israel dalam konflik berpanjangan yang berdekad lamanya.<br /><br />Kita bersama Muslim Imran, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia bagi mendapatkan perincian dan penerangan serba sedikit tentang situasi yang berlaku disana.
