Sebuah bangunan 12 tingkat di Gaza yang menempatkan pusat media antarabangsa iaitu Associated Press dan Al Jazeera musnah dibedil oleh peluru berpandu Israel sebentar tadi.<br /><br />Menurut laporan Reuters, pemilik bangunan itu sebelum ini telah diberi amaran bahawa serangan peluru berpandu itu akan muncul, dan untuk itu orang ramai telah pun diarah meninggalkan premis itu serta-merta.