Bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa dia juga ingin bertanding semula di kerusi Parlimen, jika diberi peluang oleh PKR.<br /><br />“Adalah jelas bahawa jika kita ingin menarik sokongan pengundi atas pagar sekali lagi, saya perlu bertanding di kerusi Parlimen sekali lagi.<br /><br />“Sama ada saya menang (jawatan) timbalan presiden (PKR) atau tidak, itu soal kedua. Terus terang saya kata, fokus menang kerusi adalah lebih utama,” kata Rafizi.
