SELEPAS lapan tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Syura bersyukur dikurniakan suami yang memahami serta mengambil berat terhadap anaknya.

Ujar Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, perkahwinan ini juga sekali gus menutup mulut orang yang menganggap dia hanya meminati golongan VIP.

“Suami dan anak-anak sangat rapat, kita rasa betul-betul berkeluarga... anak-anak nampak happy.

“Tak perlu nak tuduh-tuduh fasal VVIP, Datuk dan sebagainya... yang menuduh tu dah boleh move on sebab saya kahwin dengan orang biasa.

“Sejak dulu saya bukan ke arah orang yang berpangkat tapi lebih suka dengan orang yang sempoi,” ujarnya kepada mStar.

Syura selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Farizat Ismail, 28, pada 22 Januari lalu di Masjid As-Salam, Puchong Perdana.