Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan bahawa aplikasi MySejahtera dan datanya masih lagi milik kerajaan. <br /><br />Menurut Khairy, kes mahkamah di antara Entomo (M) Sdn Bhd dan MySJ Sdn Bhd tidak akan menjejaskan rundingan kerajaan dengan MySJ berhubung lesen perisian aplikasi itu. <br /><br />Terdahulu portal berita kesihatan Code Blue melaporkan, Entomo yang sebelum ini dikenali sebagai KPISoft menjual harta intelek dan lesen perisiannya kepada MySJ pada harga RM 338.6 juta.