Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pensyarah wanita yang memperlekehkan seorang pelajar B40 ketika sesi kelas atas talian.<br /><br />Naib Canselornya Prof Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja atau tidak.
