Pelayan data MySejahtera bertempat di Kuala Lumpur dan bukannya Singapura, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Dewan Negara hari ini.<br /><br />Menjawab soalan oleh ahli Dewan Negara berkenaan aplikasi pengesanan kontak itu, Khairy memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu bimbang terhadap keselamaan data peribadi mereka.
