Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandangan masih terdapat keperluan untuk terus menggunakan aplikasi MySejahtera menerusi fungsi-fungsi yang telah tersedia.<br /><br />Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata penggunaan aplikasi itu diteruskan walaupun selepas ini negara akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.
