Di sebalik kejayaan Adun Ketari Young Syefura, Kongres Kebangsaan DAP sekali lagi menyaksikan tuduhan dilemparkan terhadap parti itu yang didakwa gagal membuang sifat cauvinis Cinanya.<br /><br />Hal itu kerana Young Syefura menjadi satu-satunya calon Melayu yang berjaya berada dalam senarai 30 undi tertinggi bagi mengisi kerusi dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.<br /><br />Bercakap kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif minggu lalu, Young Syefura bagaimanapun menyangkal label cauvinis terhadap DAP, malah berkongsi perspektif berbeza mengenai keputusan pemilihan parti berkenaan.