Surprise Me!

Strategi drastik tangani pencemaran sungai

2022-04-04 1 Dailymotion

Pencemaran sungai hingga menyebabkan gangguan bekalan air dibekalkan empat loji utama Sungai Selangor kepada 1.2 juta akaun atau bersamaan lima juta pengguna air sekitar Lembah Klang adalah insiden berat kerana menjejaskan kepentingan awam.<br /><br />Natijahnya, rakyat berhadapan gangguan perkhidmatan, manakala premis komersial pula ada terganggu operasi. Keadaan ini lebih buruk kerana membabitkan hujung minggu yang isi rumah biasanya berada di rumah dan menyelesaikan urusan rumah tangga seperti membasuh dan memasak.

Buy Now on CodeCanyon