Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengarahkan bekas presiden Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke membela diri berhubung bantahannya terhadap bekas naib canselor Universiti Malaya, Abdul Rahim Hashim.<br /><br />Wong yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan pada ketika itu melaungkan “Tolak rasis. Undur VC” sambil memegang plakad sewaktu upacara penyampaian skrol ijazahnya.<br /><br />Menurut Wong, sebahagian daripada bantahan itu adalah mengenai ucapan Rahim yang berbaur perkauman sewaktu Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2020.