Kualiti tablet percuma yang bakal diberikan kepada pelajar universiti keluarga B40, mengikut program PerantiSiswa dipersoalkan warga maya dan pemimpin politik.<br /><br />Ia susulan tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa mempamerkan tablet berkenaan yang dilengkapi papan kekunci dan stylus di laman Twitternya.