Tip elak banyak tidur ketika Ramadan

Keletihan dan kurang bermaya. Demikianlah alasan klise yang sering dilontarkan oleh segelintir orang ketika sedang berpuasa.

Disebabkan itu, ada yang mengambil peluang untuk tidur. Jika tidur sekadar untuk melepaskan kepenatan tidak mengapa. Namun, lain pula jadinya sehinggakan kadangkala waktu solat hampir sahaja terbabas.

Namun begitu, terdapat juga pandangan yang menyatakan tidur itu ibadah ketika bulan Ramadan. Benarkah begitu?

Ayuh sama-sama kita dengarkan penjelasan Ustaz Muhidin Mokter dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.

#soaljawabagamaedisiramadan
#SinarIslamPlus