Penggubal undang-undang tidak sepatutnya kehilangan kerusi mereka secara automatik jika mereka dipecat oleh parti mereka, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.<br /><br />Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata jika undang-undang antilompat parti membenarkan nasib seseorang ahli Parlimen ditentukan oleh kepimpinan parti mereka, maka ia mungkin akan disalahgunakan. <br /><br />Penyelesaiannya kata Muhyiddin, adalah untuk memansuhkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 di mana seksyen ini menetapkan bahawa sebarang keputusan oleh parti tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah atas sebarang alasan.