Ahli perniagaan yang sebelum ini dalam buruan, Nicky Liow hari ini mengaku tidak bersalah atas 26 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM36 juta.<br /><br />Liow membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin di hadapan hakim Helina Sulaiman.