Seramai 12 daripada 16 warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan di Kemboja selamat tiba di KLIA2 pagi ini, manakala empat lagi masih menjalani kuarantin di negara itu. <br /><br />Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Amran Mohamed Zin berkata pihak berkuasa Kemboja menerima maklumat mengenai penglibatan 16 rakyat Malaysia dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang negara berkenaan dan menahan kesemua mereka pada 4 April lalu.<br /><br />Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan berkata, pihak polis menerima 35 laporan melibatkan 45 mangsa sindiket yang masih terkandas di beberapa negara.
