Peguam yang mewakili 16 mangsa sindiket pekerjaan di Kemboja, Heng Zhi Li berkata mangsa pergi ke Kemboja secara berperingkat mulai September 2021 hingga Februari lalu.<br /><br />Menurut Heng, mangsa dijanjikan gaji RM7,000 pada awalnya dan dipaksa bekerja sebagai 'scammer' namun tidak dibayar gaji selain turut dipukul dan didera dengan kejutan elektrik.<br /><br />Mangsa menghubungi MCA untuk membuat aduan bermula Januari lalu dan hasil maklumat diserahkan kepada Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang kemudiannya meminta Aseanapol dan Interpol untuk menyelamatkan mangsa.
