Dos penggalak vaksin Covid-19 kedua boleh diberikan kepada individu yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dan berumur 60 tahun ke atas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada sidang media, Khairy berkata suntikan penggalak kedua boleh diberikan dengan selang sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan dari tarikh dos penggalak pertama.

Manakala bagi individu berumur 60 tahun ke atas yang telah selesai mengambil dos penggalak dan didapati dijangkiti Covid-19, mereka layak menerima dos penggalak kedua tiga bulan selepas mereka pulih sepenuhnya.

Sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/1128486164662336