Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan gaji minimum penjawat awam dinaikkan kepada RM1,800 sebulan.<br /><br />Presidennya Adnan Mat berkata ini kerana pendapatan semasa mereka tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.