Persatuan Rohingya Malaysia Kedah meminta campur tangan kerajaan bagi menangani isu tahanan etnik itu di Depot Imigresen di Malaysia kerana sebahagian daripada mereka didakwa memiliki kad UNHCR. <br /><br />Berita Harian melaporkan, Pengerusinya Yusof Ali mendakwa tindakan tahanan etnik itu melarikan diri awal pagi semalam berkemungkinan disebabkan mereka sudah terlalu lama berada di dalam depot itu.