Bekas perdana menteri Najib Razak mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.<br /><br />Antara alasan yang dibangkitkan, Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam fakta atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.