Pemimpin DAP Howard Lee menyoal keikhlasan Bersatu untuk bekerjasama dengan parti lain bagi menentang BN dalam PRU15 sedangkan mereka masih bersama Umno dalam kerajaan.<br /><br />Bekas ketua pemuda DAP itu berkata sekiranya Bersatu ikhlas ingin melihat tadbir urus negara yang lebih baik, mengapa parti itu tidak memikirkannya sebelum mengkhianati Pakatan Harapan.