Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan Perintah Penahanan Operasi Kelengkapan ke atas sebuah premis yang disyaki menyebabkan insiden pencemaran bau diesel di sepanjang Sungai Semenyih.<br /><br />Perintah itu dikeluarkan selepas siasatan ke atas premis di sepanjang Sungai Semenyih terutama di Kawasan Perindustrian Beranang di Selangor dijalankan.
