Kerjasama di antara Umno dan PAS mesti ditamatkan secara rasmi bagi mengelak salah faham tentang status kewujudan Muafakat Nasional, kata Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub.<br /><br />Mustapha berkata, Veteran Umno mahu Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan secara rasmi yang menyatakan Muafakat Nasional sudah mati dan telah berkubur.