Bekas peguam negara Apandi Ali berkata, Dr Mahathir Mohamad tidak berhak mempersoalkan penyelesaian saman yang dibuat antara dirinya dan kerajaan berhubung kes pemecatannya pada 2018.<br /><br />Ini selepas bekas perdana menteri itu menuntut syarat penyelesaian di antara kerajaan dan Apandi dalam kes saman RM2.23 juta itu didedahkan kepada umum.
