Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan telah menerima senarai nama doktor yang didakwa terlibat dalam kes buli di hospital kerajaan yang diserahkan oleh beberapa exco kerajaan negeri.<br /><br />Menurutnya senarai tersebut turut melibatkan doktor-doktor pakar namun setakat ini mereka masih belum digantung tugas kerana dakwaan tersebut perlu disahkan dan disiasat terlebih dahulu.
