KISAH pasangan suami isteri anggota bomba dari Melaka ini tular di TikTok kerana memelihara kira-kira 30 ekor kucing di rumah mereka.

Kata pegawai bomba bernama Mohd Norfarhan, 34, pada mulanya dia dan isteri memelihara hanya beberapa ekor kucing secara suka-suka.

Namun jumlah itu bertambah selepas dia mula membawa kucing yang dibuang orang ramai di balai bomba tempat dia bekerja pulang ke rumah untuk dijaga.

“Kadang-kadang kucing yang diselamatkan ketika operasi juga saya bawa pulang.

“Kami kasihan melihat kucing-kucing luar, berbeza nasib mereka dengan kucing yang kita bela,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Norfarhan bersyukur apabila jiran-jirannya tidak menyatakan rasa kurang senang dengan tindakannya membela kucing di rumah.

“Saya akan pastikan persekitaran rumah dijaga dengan betul. Saya akan mandikan kucing, bersihkan tempat najis dan sebagainya.

“Hidup berjiran kita kena jaga hati orang di sekeliling, Alhamdulillah tak ada yang merungut,” katanya.