Beberapa pembelian peralatan perubatan dan ubat-ubatan semasa pandemik Covid-19 turut melibatkan unsur rasuah, dedah Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini.<br /><br />Menurut Azam, SPRM menyiasat perbuatan rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan, penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan dan pakej rangsangan serta penipuan berkaitan kualiti dan kuantiti peralatan perlindungan perubatan.