Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya membongkar penyelewengan yang dilakukan ketika negara berdepan pandemik Covid-19.<br /><br />Anwar dalam kenyataannya berkata, SPRM perlu mengambil tindakan pantas mengenai isu itu kerana ia melibatkan sikap negara terhadap rasuah dan penyelewengan dana awam.
